~SineDoRADoRA~

" Adakah semuanyer tentang aku ??? Plezz jgn "jual ikan" Ipah...

Saturday, September 20, 2008

One spanish word a day...

intención - intention, purpose

No sé con que intención me lo dijo.
I don't know what his intention was in telling me that.

Spanish Lesson..

Akhirnya setelah hampir 3 tahun meninggalkan spanish lesson nih..
i think i need to polish back my spanish kui kui kui...
Last time when i was in in RI i always have Vern to practice writing and talking in spanish..
Now? i just by myself.. uwaaa....

Ok lets begin..

Kini aku boleh wireless disetiap inchi umah ku..

Yeahh.. setelah TM meng'fix' underground cable telepon umah kau.. kini aku leh online disetaip inchi dgn lajunyer.. cuma masalah aku .. thinkpad IBM je tak reti nak fix..

Tak pe.. tak pe.. itu lenkali lak.. yeah.. bahagianya aku online dlm bilik.. aaahhahaha...

Wednesday, September 17, 2008

Entry transfer 20/08/2008 - Happy birthday Nain!!!

Hari nih 20hb..pagi yang indah..hari yang aku tunggu2 telah pun tiba..
Happy Birthday Nain!! Happy Birthday sayang!!
Aku balik dari keje.. buat slide sambil buat kek choc kukus kesukaan ko..
lambat gak tido..

Bangun solat subuh..
bersiap-siap untuk ke Lake garden..
Dalam 7 lebih aku keluar..
Sampai ngam la.. 8.15 waktu dia lahir 8.17a.m. .. sampai je kat pot aku ngan dia..
aku kuarkan cake.. letak lilin.. then aku nyanyi..
" happy birthday to you..
happy birthday to you..
happy birthday to my love nain
happy birthday to you.."
then aku tiup lilin tuh..terasa dia ada dekat depan aku.. tiup lilin dgn rakusnya..
aku dapat lihat wajah dia .. mata dia akan pejam sekejap lepas aku nyanyi..macam wish something..
then dia akan tiup lilin tuh.. pastuh dia akan cubit je cake tuh.. tak sabar betul.. tgg la aku potongkan..
dia akan cubit .. bukan sikitnyer cubit ..giler besar cubit sampai rompong kek tuh... pastuh terus masuk mulut..
then bila dia tgk aku terkujat semacam.. dia sengih.. nampak taring dia.. ahahah dah mcm drakula pulak..
then dia akan ckp " sorry.. tak tahan dugaan.." then dia akan suap aku pakai sudu..
lepas dia puas sudah makan kek tuh.. mula la tercari-cari..aku tau apa yang dia cari...
bukan hadiah.. tapi apple pie mcD kesukaan dia.. ahahahah.. pastuh kita orang akan makan pie sesama.. makan panas2..
actually dia je yg sengal mkn panas2.. aku siap tiup2..
sudah kenyang dgn apple pie.. dia akan buat muka.. tenung aku.. as usual.. aku mmg tak tahan ngan mata dia
aku pun tanya la.. walaupun aku tau apa yg dia nak.. " nak apa lagi.."
then dia mesti jawab " nak mata ko, nak bibir ko, nak hidung pesek ko, nak hati dan perasaan ko, nak jiwa raga ko,
nak ..." sebelum dia habiskan apa yg dia nak aku akan terus keluarkan cheese tart dia..
pastuh mulalah senyum sampai ke belakang telinga.. ahahah...
cukup dah makan 3 benda tuh.. dia akan nyanyi satu lagu..

" Berjuta batu jauhnya
Akanku tinggalkan cinta dan rindu
Padamu kasih
Aku berjanji
Akan tetap setia selalu

Berjuta batu jauhnya
Akan kutinggalkan dirimu
Lautan akan kulintasi
Demi suatu pengorbanan

Bunga-bunga berguguran di sinar bulan
Akan kubawa untukmu segalanya
Taburkanlah bunga di pusaraku
Andai tiada kupulang

Cintamu tetapku kenangi
Walaupun hingga akhir nanti "

Apa yang mampu aku buat ?? gelak jer la.. memang itu lagu fav dia..dia tau akan akan gelak kalo dia nyanyi lagu tuh..
kekadang dia buat memacam version.. sengal betul BF aku nih..

Then dah nyanyi.. dah mkn kek.. dia pun dah nyanyi lagi fav dia..
aku akan kasi hadiah.. then ayat dia masa bukak hadiah tuh tetap sama ..
" no matter apa hadiah ada dlm nih.. tak sama dgn your love to me..
the endless love..that bring your pure smile to me..that the most thing that i need in my life.."
cair siot ... mamat nih waktu special camnih mmg jiwang semacam.. kalo tak selamba tok selampit sebelah umah dia jer..

Dah bukak hadiah.. kami pun akan pulang...dgn bahagia nyer..

sebak giler dada aku.. Lepas nyanyi.. itu lah yang tergambar dlm mata aku..aku leh dgr suara dia.. aku leh nampak muka dia
aku makan kek pun rasa macam dia yg suap.. makan cheese tart pun nampak dia makan sama..
makan apple pie.. lagi laa.. aku pun makan panas-panas macam dia makan.. sambil air mata aku dha bergenang
tunggu jatuh je..then aku tulis..

"Happy birthday sayang.. I still love you.."

Pastuh aku terus nangis.. lama gak aku nak hentikan airmata aku nih..
Sebak sangat dada aku..

Then aku pun bergerak pulang.. singgah office RI.. anta kek..seperti biasa..

To be cont...

Kelebihan Surah-Surah Dalam Al-Quran

Terdapat banyak hadith yang menceritakan kelebihan surah-surah tertentu.

Semua hadith berikut telah diyakini bukan tergolong dalam hadtih dho'if jauh sekali hadith maudhu' :

SURAH AL-FATIHAH Sabda Rasulullah s.a.w.,"Sebaik-baik Al-Quran adalah ......(iaitu surah al-Fatihah (H.R. Baihaqi)

SURAH AL-BAQARAH Sabda Rasulullah s.a.w.,"Bacalah surah al-Baqarah di rumahmu kerana sesungguhnya syaitan tidak akan masuk rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah."(H.R. Al-Hakim)

SURAH AL-KAHFI Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Barangsiapa membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat nescaya cahaya meneranginya selama di antara 2 Jumaat."(H.R. al-Baihaqi)

SURAH YASIIN Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Barangsiapa membaca surah Yasiin di permulaan hari akan dipenuhi hajat pada hari itu."(H.R. Al-Darimi)

SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Barangsiapa membaca surah al-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70000 para malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi)

SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Sesungguhnya dalam Al-Quran ada satu surah yang mempunyai 30 ayat yang memberi syafaat kepada seorang lelaki sehingga ia diberi keampunan iaitu.......(iaitu surah Al-Mulk)."(H.R, al-Nasai')

SURAH AL-KAFIRUN Sabda rasulullah s.a.w. ,"Apabila kamu hendak tidur di waktu malam maka hendaklah kamu membaca ...(surah al-Kafirun) kemudian tidurlah bila selesai membacanya kerana ia adalah pembebasan daripada syirik."(H.R. al-Tirmidzi)

SURAH AL-IKHLASH Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Barangsiapa membaca .....(surah Al-Ikhlash) seolah-olah ia membaca sepertiga Al-Quran."(H.R. al-Tirmidzi)

Dikutip dari Cindai (http://zana1038.blogspot.com/)

Salam Nuzul Al-Quran buat semua...

"Ingat la, dengan mengingati ALLAH itu,
hati-hati akan menjadi tenang."
- 13:28

Jadikanlah Al-Quran itu teman kita...

Just nak share...

SURAH YAASIIN
(Hai Manusia)
Nabi kita Muhammad s. a. w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati
dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin." Yaasiin kerana Allah, nescaya
akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik.." Dalam satu
hadith yang lain Baginda s. a. w bersabda: "Hendaklah kamu membaca
surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-
maut, nescaya Allah s. w. t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut
itu."Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s. a. w bersabda: "Aku
ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku."
Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala
hajat dan cita-citanya.
Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, Lalu
berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu
bapanya akan diampunkan oleh Tuhan.
Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan,
nescaya akan maju perniagaannya itu.
Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia mati
pada malam itu, mesti ia mati syahid.
Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat,
nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh
seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan
mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah
ketakutan pada musuh-musuhnya. Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat
surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith
tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian.
-Bicara Muslim

Entry transfer 25/08/2008 - Bertuahnyer org...

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Before aku mula entry nih.. just nak habaq yang entry transfer nih aku amik dari blog aku yg satu lagi.. citer2 yg agak2 dah suam-suam kuku lamanyer..
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Makan ngan nas ngan yan ngan peh kat belakang pasar..
takde yg special..
Cuma bila nas citer pasal hafiz.. aku leh nampak muka nas happy betul..
macam diorang still couple.. best kan..
Hafiz usik dia.. walaupun tension tapi itu membahagiakan..
bertuahnya nas..walapun tak sehaluan lagi dgn hafiz..
still boleh dgr suara hafiz..
still leh chat..
still leh jumpa..
still leh jenguk.. tanya khabar..
still leh nampak muka hafiz..
still leh makan sama..
still leh nyanyikan happy birthday..

Aku..
cuma kenangan yang tinggal..
cuma bayangan dia je..
cuma ngiang2 suara je..
sampul apple pie mcD..
cuma kata-kata dia..
Pusara dia..

Namun aku tetap bersyukur.... walaupun hanya itu yang aku miliki kini.. namun itu lebih dari cukup..
untuk aku merasai betapa tulusnya cinta dia pada aku..kerana takdir hadirnya dalam hidup aku telah
memberikan aku kesempatan untuk merasai dan menikmati dan mengenali cinta...
dan aku amat bahagia memiliki cinta itu...

Dah berkahwin tapi hukumnya berzina gak...

Last sunday.. aku buka umah akak aku kat kota damansara..
Amalan keluarga akak aku nih.. suka bincang bab-bab agama masa makan..
eventhough anak dia yg paling tua pun umur 7 tahun.. kira ok la tuh..
at least kecik2 lagi dah dapat pendedahan ttg cara hidup islam...
ingat mengingati.. baguih la kan..

Aku mmg ada satu kemusykilan.. yg mmg dah lama aku simpan..
Tentang anak yg ada dlm perut sblm nikah..
Aku pun tanya kat abg fauzi nih.. sebab dia mmg suka gi majlis ilmu.. jadi pengetahuan agama dia lebih luas ..
Aku utarakan tentang.. "bersama" sblm kawin.. of course la HARAM kan..
the main point is.. kalo ada anak dlm kandungan sblm nikah... apa hukum nya..
Wah.. panjang lebar laa abg ipar aku explain..

Dan ini apa yang aku paham...

Sepatutnya sepatutnya tak leh kawin... kena tgg baby tuh lahir baru nikah..
kalo tak mereka hidup dlm zina.. dan perkahwinan tuh tidak sah..
Pasangan tersebut perlu inform pada wali mereka pasal hal keterlanjuran nih..
Kalo dah kawin dan tidak tahu hukum ini masa kawin.. mereka perlu nikah semula..
Sadis kan ? mmg la azab.. malu didunia.. tapi camne nak menghadapi Allah kelak ?
mampu kah nak bersemuka ngan Allah ?

Aku tgk ramai yg masih tak tau hukum nih.. bahaya kan.. dah nikah tapi masih berhukum zina.. masih lagi belum sah bergelar muhrim..

Ish ish.. takut bila aku bayangkan..

mari lah kita sesama belajar kembali ilmu Allah.. esp hukum feqah...

aku rindu kat RI!!!

Bila timbul memacam isu dan kepincangan pihak pentadbiran nih.. perghh.. ayat skema seh.. aku dah start rindu balik kat RI.. office lama aku.. sebab kat sana aku tak jumpa manager mcm kat IBM nih.. Office politics memana office pun ada.. tapi tak seteruk kat IBM.. sampai tahap boleh demotivated pekerja tau..

Memang la RI tuh tak sebesar office kat IBM nih tapi sikap professional kat RI tak leh lawan laa ngan IBM ... sorry to say la.. jauh panggang dari api.. IBM train fast track untuk jadikan manager.. tapi calon2 fast track ( kat dept aku la) wahh.. sgt menakutkan..

Langsung tak membantu.. menaikan backlog lagi ada laa.. erm.. dah tak flexible pastuh tak leh take challenge.. perghh bosan aku ngan perkataan tuh..


Kat RI mmg susah gak la nak naik jadi manager.. maybe sbb tuh berkualiti.. tak mcm kat IBM nih.. kalo komen pepanjang wat sakit hati..

Baik layan rindu kat RI...

Jamuan raya kat RI.. best .. best...

Rindunyer kat WS aku... ngan my best buddy .. Chin Mann.. lindu sama lu la ...

My Last Dinner with RI.. UWA!!!!

On the thin ice

Perghhh tajuk nih.. bukan dari aku.. tapi dari TL aku.. yang hangat sebab kena sound ngan manager pasal punctuality..

Entah la aku kekadang bosan gak pasal isu menepati masa..
boleh wat org jadi demovitivated keje tau!!!
Apa yang aku leh comment adalah...
AKU BUSAN!!! KENAPA ISU YANG SAMA ? EFFECT PRODUCTIVITY KER ?
KENAPA NAK SHOOT EMAIL .. PANGGIL ONE TO ONE.. ADA BERANI KAH ?
PELIK LA.. KNP LA MANAGER AKU TAKDE KEBERANIAN UNTUK PANGGIL ONE TO ONE DAN BINCANG ISU YG SERIUS.. INI DOK BINCANG ISU REMEH TEMEH.. BILA NAK KAWIN LA.. PASAL HANTARAN LA.. PERGH.. BAIK TAK YAH ONE TO ONE..
ADAKAH PADA PEMIKIRAN MEREKA ONE TO ONE ITU ADALAH UNTUK MENGISI MASA LAPANG MEREKA.. YELA DAH TAK TAU NAK BUAT APA KAN..
FOWARD EMAIL PUN ASYIK GUNA FYI/FYA.. PERGHH.. AKU PUN LEH JADI MANAGER KALO CAMTUH..
NAK TAU LEBIH LANJUT.. NANTI AKU PASTE EMAIL TL AKU TUH..
BACA LER EMAIL LUAHAN HATI TL AKU NIH...

"
Hi Team,
As Ima is the manager in charge for the emea team during this whole month, please be xtra careful on your punctuality. I know this might sound selfish, but she is now putting the blame on me as TL to not being able to handle the team's discipline. I too am not perfect in my punctuality but I try my best. Thus am seeking your cooperation to ensure compliance in this matter.
Yes it is ok for you to be a few minutes late either coming to work, or coming back from break time, when you do it once in a while. But it is certainly not ok when you always come in late, and once in a while you come in on time.
I dont care how you wanna work this out, either by setting your clock/watches/hp time up by 10-15 mins, or you just try and change and manage your time better. I do not want to see another reminder/warning email sent from either manager on this. Even worse, we must NOT have this escalated to Norliza.
You might think this is not a big issue but trust me it is. I have not really stressed on this issue before as I believe your performance comes first. However, it is these small things that could change your performance ranking in your assesment.
Muslims, I understand that our break time coincides with our prayers. That however does not mean than you should go for Asar prayers at 6.30 pm, break from 6.45pm to 8.15 pm, then pack up/wash dishes from 8.15 to 8.20, then go to prayers at 8.20 pm for Maghrib, and continue with Isya' and come back close to 9pm. Consider if you are working normal hours and your break is from 1 to 2pm, would you purposely eat from 1 to 2, and then go to prayers afterwards? Of course we take time to go for prayers, but when you do it one shot straight, it looks like you are taking one hell of a very long breaktime. I mean, why lewat2kan Asar and awal2kan Isya'? Shouldnt it be the other way around??
Please advise our fellow colleagues, including myself, when you see punctuality is not being observed and work as a team so we dont have to face these escalations anymore.
N a simple tip about when you are to come in to work, if you are to be a few mins late, your sms to me means a lot to the managers.
Many Many Thanks!"

YANG NIH LAK EMAIL SAMBUNGAN DIA..

Urgghh
GG also brought up this issue. So watch everyone's punctuality.
Note to non-Muslim colleagues. Of course you are welcome to go out for break with Muslims. As you are aware Muslims can go for 1.5 hours break because they are required to come in 0.5 hours early. If you too are going for 1.5 hours break, then you should know to come at 2.30pm too.
And this particular excuse is unacceptable. Yes I go out break longer but I stay back to cover those hours without claiming OT.
Y is this unacceptable is because it would mean everybody can come and go as they want if it is. Y would we have shifts/shift allowances if you come and go as you please? You would need to cover those hours once in a while only when you have a valid reason for being late - not making it a daily habit.
THINK!
Honestly I'm sick and tired of these escalations. I will mention names on my next email on this matter and copy the managers. (those who understands, this is why I was unhappy, not because of the workstation thing!)

SEKIAN HARAP MAKLUM...

Huhu tinggal sini jugak...

Hari Isnin .. aku chat ngan Huhu @ burhan ( huhu tuh eza ngan ainin yg kasi nama)
biasa la tanya pasal hidup dia kat KL nih.. previously dia habaq kat aku yg dia dok kajang..
keje kat sana.. dia pun bila mai part citer pengalaman hidup kat KL nih.. mula excited.. citer tuh.. citer nih.. aku pun dgr jela..

Then dia tanya aku.. ada kosong tak keje kat IBM? aku pun ckp maybe la ada.. then aku pun mintak la phone no dia ngan add nak update resume dia sbb nak passing kat HR dept.

Tetiba aku terkejut.. alamat umah yg dia kasi tuh.. kat kayu ara.. jln cempaka.. biar betul mamat nih.. aku pun tanya lagi sekali untuk confirm.. mmg confirm dia dok sini..
aku tak penah kasi tau dia yg aku dok sini..wah.. menakutkan...

Kita tgg dan lihat la apa nak jadi lepas nih.. cuak gak kang gi solat tarawih terserempak.. tak pun gi solat raya terserempak..

Yang nih gamba dia.. buat sapa yg belum penah tgk lagi..


Apapun.. wait n see je laa ok..

mari sesama mencapai puasa yg sempura...

Semalam aku ikut mak aku pg masjid At-taqwa TTDI, ada solat tasbih
yg diimamkan oleh Ustazah kegemaran aku, fatma zahrah..
Dah lama gak la aku tak solat tasbih nih.. last sekali
yang aku ingat masa aku kat UUM. Bila dah keje .. dah tak solat tasbih lagi..
Alpa betul la aku nih.. lalai dengn urusan dunia..

Antara fadhilat solat sunat tasbih yang dilakukan dgn
khusyuk dan tawaduk nih adalah :

- Diampunkan 10 dosa-dosa besar
- Diampunkan semua dosa-dosa kecil
- Doa menjadi mustajab
- mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah

ada banyak lagi.. aku tak ingat..

memang sgt best solat sunat tasbih tuh.. bila time doa tuh lagi best.. sgt syahdu..
Semoga Allah memperkenan doa aku..

Lepas solat ada tazkirah ..

Ustazah citer la .. dalam bulan ramadhan nih.. Iblis Allah kasi cuti sakit
sebulan.. Maha penyanyang Allah itu sehingga iblis yg laknatullah tuh pun
Allah kasi cuti..
jadi kita nih semua berperang berkungfu ngan nafsu..
Jadi Ustazah pun bagilah tips puasa yang sempurna..
bagaimana nak mencapai puasa yang sempurna..

Ada 3 cara..

pertama : berpantang..
nih lebih kurang mcm pantang bersalin la..
- Menjaga solat
- menjaga semua anggota .. ustazah nyer bahasa " zip semua mulut, lidah, mata, telinga dan anggota bdn yg lain"
- cegah diri dari mendengar lagu selain dari Ayat A-quran dan zikir..
- Cegah diri dari menonton rancangan yg bukan berunsurkan ugama.. esp. drama-drama atau filem-filem
- banyak menghadiri majlis ilmu
- menutup aurat seperti yang dikehendaki islam...
- banyakkan berzikir dan membaca Al-Quran
- Mendirikan solat sunat tahajud
Senang citer cegahlah diri dari perkara maksiat dan perkara yg sia-sia

Kedua :
kalau kita dah terlepas buat benda yang Allah suruh cegah atau senang dah langgar pantang diatas..
kita masih ada peluang.. iaitu dengan jangan tinggal solat tarawih..kalau boleh lakukanlah secara berjemaah..setiap malam..

ketiga : jika solat tarawih kita rongak.. kejap buat kejap tinggal.. dok sibuk dgn majlis berbuka puasa dan sebagainya sehingga kita tak pegi solat tarawih..

Maka kita hanya ada satu je lagi peluang iaitu..

beramal disetiap 10 malam yang terakhir.. untuk mendapatkan malam lailatulqadar

caranyer mudah sahaja..
1- ikut pantang2 diatas..
2- jangan sengaja tinggal solat tarawih
3- hidupkan malam dengan amalan - amalan seperti membaca Al-Quran, berzikir,
walaupun uzur bgn untuk berzikir..
4- bangun solat sunat tahajud, solat sunat hajat
5 - baca Al-quran
6 - berzikr sehingga subuh dan kemudian sambung hingga solat dhuha.
7 - bykkan berdoa memohon keampunan dan taubat, mohon pada Allah dijauhkan bala dan petaka..

Ustazah kata juga.. pada 10 mlm yg terakhir.. ketika berzikir.. selak2 lah langsir.. tgk alam sekeliling.. manalah tau.. rezeki kita dapat melihat kebesaran Allah ..
kalo tak dapat lihat tetapi kita beramal.. pahala dan ganjarannya sama sperti yg telah Allah janjikan..

Kepada rakan semua.. moga entry kali nih dapat kita manfaatkan bersama..
Pesan ustazah.. 10 malam terakhir ini.. kurangkan tidur dan lebihkan amal .. kita slalu takut tak cukup tidur la apa la..
tapi ingatlah kalau kita menghidupkan malam.. jgn risau.. segala kerja kita disiang hari Allah akan permudahkan..
Ingatlah siapa yang mencipta kita .. Siapa yang lebih berkuasa .. siapa yang maha mengetahui.. Tiada siapa melainkan Allah..

Monday, September 15, 2008

Anak buah kesayangan aku..

lately nih org asyik dok tanya..
"bila lagi nih..umur dah semakin meningkat.."
"nih bila lagi nak kawin nih ?"

Bosan gak aku.. menghadapi soklan2 nih..
Tapi aku layan je laa..senyum je laa..
Nak buat camner...

Anak buah aku.. itu je la pengarang jantung hati peparu aku..
aku bukan nak puji anak buah aku..
tapi.. mmg aku kagum ngan akak ngan abg aku mendidik anak diorng
bebudak boleh jadi sgt menggeramkan.. sgt annoying..

tapi anak buah aku..mmg buat aku kagum..

- semua posa.. kecuali yasmin (ehheeh) depa bukan hanya puasa sebab paham puasa tuh hanya tak leh mkn minum.. tapi more than that.. diorang tau.. even sufian yg 4 tahun tuh pun tau kalo puasa kena solat.. kena ngaji..
- buka puasa mesti baca doa.. semua hafal doa tuh.. sunat makan kurma..
- Solat kena menutup aurat.. ahahaah teringat hafiz yg kecoh nak cari seluar panjang bila nak solat maghrib.. sebab lupa bwk seluar panjang.. last - last dia pakai kain pelikat arwah ayah aku.. akakak..
- semua tau apa itu selawat .. apa itu mathurat.. bila dgr jer depa tau.. oo ini Asma husna.. itu selawat mathurat.. ini zikir munajat.. this including sufian yg umur 4 tahun tuh..
- depa sgt happy dan excited bila dgr lagu2 zikir kat TV.. depa tau bila maghrib.. tak tgk disney ke Cartoon network ke.. semua tgk Astro Oasis..
- dgr zikir jer .. terus ikut.. dgr org ngaji terus ikut.. walaupun tau satu atau 2 ayat je.. jadi la kan..

Kalo aku diizinkan ada anak .. aku pun nak anak aku mcm anak2 buah aku.. mmg la nakal.. tapi.. sgt sejuk perut bila tgk perangai depa..

Sunday, September 14, 2008

lama gak aku menghilang..

actually lately byk benda berlaku sekitar aku.... sampai aku sendiri takde masa nak upload entries.
sometimes i feel like hidup aku kekadang best .. kekadang tak best.. aku happy with my friend.. my family.. but.. aku tetap rasa kosong.. argh... i need him.. i need him badly...

Ya Allah gila ker aku nih...

Tuesday, September 9, 2008

Jika aku diberi peluang....

Seminggu sebelum posa.. aku asyik dgr lagu permintaan hati dari kumpulan Letto..
tetiba aku aku rasa sayu dgr bait2 lagu nih.. dah baper kali menitik air mata ...
so .. smlm aku bertekad nak cari vclip lagu nih..
akhirnya.. dapat.. lepas tgk lagi sedih!!! uwaaa... kenapa sama mcm kisah hidup aku..

Masa awal pemergian dia.. aku terasa sgt2 kehilangan.. mmg masa dia pegi sarawak aku dha rasa kehilangan.. tapi still ok sebab masih boleh dgr suara dia..

dihujung usia dia.. masih lagi dpt dgr suara dia.. walaupun lemah.. namun aku puas.. aku happy sgt.. walaupun airmata aku mengalir.. aku dapat rasakan penderitaan dia.. kesakitan dia.. walaupun dgr dia ketawa.. walaupun lemah.. dia cuba gembirakan aku.. dia tak nak aku sedih..
selalu dia ckp..
" ala ko jgn la sedih.. aku hidup lagi nih..."
" aku sihat nih.. siap2 gelak2 nih.. ko jgn la emo sgt"
" ala cuti nanti ko datang la visit aku.. bukan jauh.. "
" ari nih aku rasa dah makin sihat.. "

banyak lagi la dia bohong aku.. aku tau dia dalam kesakitan.. dia sentiasa beri harapan yang masih ada esok untuk kita..

" ipah, selagi mana ko dpt rasa panasnya mentari.. lembutnya bayu.. dinginya hujan.. selagi itulah adanya kita.."

aku ingat kata2 tuh.. sentiasa ingat.. akan terus ingat..

aku tak ingin lupakan sedetik pun saat aku bersama dia..
dari sekolah .. dari pertama kali tumbukan aku kena tepat dada dia.. dari kali pertama aku menerima renungan penuh bermakna.. dari kali pertama dia sebut nama aku.. dari kali pertama aku naik bas sesama ngan dia balik sekolah.. dari kali pertama kami berjauhan.. dari kali pertama aku merasakan betapa siksanya rindu itu..sampai hujung hayat dia...

Jika aku mampu kembali pada masa lalu untuk bersamanya..
aku akan pilih kembali ke saat dia menghulurkan cincin ...
aku akan terima lamaran tuh.. ikut dia sambung belajar..
aku menyesal sangat menolak lamaran dia..
aku tau dia sedih sgt.. aku tau betapa remuknya hati dia..
dia mmg beria-ria sgt nak aku ikut dia..
kalo aku terima lamaran tuh..
mesti dia ada lagi skrg.. untuk aku menatap mata dia yg tajam.. yg sentiasa buat lidah aku kelu..
mesti aku masih dengar suara dia nyanyi lagu kesukaan dia.. mesti dia sentiasa disisi aku ketika aku sedih.. mesti aku dapat tonyoh kek kat muka dia masa birthday dia.. mesti aku ada gang nak tgk hockey game.. mesti ada gang nak gaduh.. geng buat keje tak senonoh..
Indahkan semua tuh... tapi aku sedar.. itu semua takkan terjadi lagi..
IPAH MOVE FOWARD!!!!!! move foward tak semesti cari lelaki .... aku belum bersedia untuk melepaskannya.. belum lagi..

Terbuai aku hilang terjatuh aku dalam
Keindahan penantian

Terucap keraguan hati yang bimbang
Yang terhalang kepastian cinta

Aku hilang
Aku hilang

Tersabut kabut malam terbiasnya harapan
Yang tersimpan sejuta bertuan
Terasa kerinduan hati yang bimbang
Yang terhempas kepastian cinta

Dengarkanlah permintaan hati yang teraniaya sunyi
Dan berikanlah arti pada hidupku
Yang terhempas yang terlepas
Pelukanmu bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu

Aku hilang
Aku hilang

Tersabut kabut malam terbiasnya harapan
Yang tersimpan sejuta bertuan
Terasa kerinduan hati yang bimbang
Yang terhempas kepastian cinta

Dengarkanlah permintaan hati yang teraniaya sunyi
Dan berikanlah arti pada hidupku
Yang terhempas yang terlepas
Pelukanmu bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu
Bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu

Dengarkanlah permintaan hati yang teraniaya sunyi
Dan berikanlah arti pada hidupku
Yang terhempas yang terlepas
Pelukanmu bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu
Bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu



Posa..Posa..posa,..

Dah seminggu berpuasa kan ??
sekejap jer.. Tahun nih.. semua anak buah aku berpuasa.. kecuali yasmin..

memacam karenah depa nih.. yang besar2.. ayu, asyid n eqah.. biasa je la..
yang si kecik2 tuh aku tak tahan..

first citer pasal hafiz.. tahun nih dah 5 tahun.. sebaya ngan mimi ngan daniel ..
first day puasa.. cuti kan.. so puasa dirumah.. penuh satu hari.. hafiz nih anak buah aku yg paling kurus.. susah mau mkn.. waktu buka.. pergh... nasi ngan sup ayam satu mangkuk.. licin...
pengat pisang satu mangkuk licin.. goreng pisang baper biji ntah.. habis..
pastuh duduk tersandar.. kenyang lah mama...

pastuh hari kedua puasa .. kat sekolah dia ada budak tak posa bwk buah rambutan..
hafiz pun mkn la satu.. then masa mama dia jemput.. ustazah dia habaq yg hafiz dah buka puasa..
pastuh hafiz pun kasi la penjelasan.. hafiz makan satu biji je mama satu biji je.. akan batal...
huang huang huang mmg aku tak tahan nak gelak.. ish ish ish.. memaca, karenah..

tak tgk adik dia lagi .. sufian.. dia pun dah berlatih puasa.. umur 4 tahun..
lepas solat zohor nih dok menulis melukis.. menahan lapar.. ish ish ihs..

lain kali ler citer pasal mimi ngan daniel lak.. camno depa puasa..

Mari bukak pasar ramadhan!!!

Aku baru balik sahur.. ngan hid, fer, yati n peh..
biasala mkn2 pastuh borak2 kosong.. citer pasal anak hajare.. pasal nama.. pastuh tetiba masuk pasal ANZ.. huar huar haur..

Syok kan keje ANZ .. aku pun sanggup bangun pepagi nih..
balik kul 3.30 paling lmbt pun kul 5.. still awal tuh..
leh g shopping.. leh gi tgk wayang satu movie.. leh gi main bowling..
dan yang paling best bulan posa nih .. jadi org terawal pegi pasar ramadhan.. syiokk seh..

pastuh peh lak mai ngan idea bernas..
keje ANZ leh buat part time kat pasar ramadhan.. bernas gak idea tuh..
Balik kul 3.30.. kul 4 dah leh bukak tapak..
jual mknn yg paling popular.. murtabak ngan roti john..
peh jadi tukang tebar.. siap ada demo kat concorse lagi..
aku rasa mmg ramai la yg melihat dan membeli..
aku mmg tak leh bayangkan peh tebar roti..
entah apa la jadinyer..

citer pasal nak bukak pasar ramadhan nih.. kita org dok gelak sampai nangis2.. perghh tak tahan seh..

siap nak one to one ngan manager nak pindah anz sebab nak bukak tapak kat pasar ramadhan..

nampak mcm mengarut kan ? tapi sebenarnyer idea yg baguih.. masyukkk apa..
dapat duit lebih.. lepas bulan puasa hidayah cadangkan kita meniaga goreng pisang kat depan TV3 @ sebut mcm yati TV TIGA.. ahahahahah..

Pergh.. untungnyer keje ANZ kan ????