~SineDoRADoRA~

" Adakah semuanyer tentang aku ??? Plezz jgn "jual ikan" Ipah...

Sunday, July 12, 2009

Hasbi.. aku harap ko paham..

Semalam lepas gi Lake garden.. aku terus ke KLCC.
Hasbi dah tunggu aku disana. Actually aku mahu ke low yat membeli Ext harddisk yg baru..

Takpe lah.. dah mmg janji nak berjumpa..
Dia cakap tgg aku kat book cafe. Hump.. bosan menunggu la tuh..

Aku tiba dan dia terus ajak aku ke taman depan tuh.. Aisey..
Berjalan ditaman neh aku ngan nain jek..

Then dah jalan2.. bercerita mcm biasa.. dan kami pun dapat satu spot untuk duduk..
Aku pun duduk la.. hasbi masih berdiri..

Then perbualan kita org yg ringan tadik dah bertambah berkilo2 menjadi sgt berat!!!
Dia mula bertanyakan menda yg aku paling takut...
Uwaaa.. teruk la ko neh..
Dulu masa kat segamat tak penah lak peduli ke aku!!!!
Dia bertanya... Aku membisu.. Aku tak tau nak jawab apa..

Memang sgt seronok bersama dia..
Sehinggakan aku sendiri sangsi ngan peraasaan aku..
Aku suka dia ker atau aku jatuh chenta terguling ngan dia ?
Bila aku wat survey ngan kengkawan aku ttg konflik perasaan aku ..
Then aku realize one thing.. aku wendu la kat dia tapi bukan everytime..
kekadang bila dia busy .. tak call seminggu dua..
Takde pulak aku balik dari jumpa dia .. then terus rasa macam tak mo berpisah.. tade lak rasa mcm nak jumpa lagi.. teori ko tak applicable la peh..

Dia mula duduk dan merenung aku..
Ok.. aku test teori aku lak..
Aku toleh dan berlawan mata dgn dia..
Yes i got the answer now!!
Tetiba aku tersenyum.. dia lak pelik..
Aku tau dan aku yakin ngan perasaan aku..

Then aku pun bersuara...
meluahkan isi hati aku
Aku explain kat dia that i lom ada apa2 feeling kat dia
but aku sayang dia as kawan jek.. tak lebih dari itu..
Aku terang lagi yg for time being aku tak ready for any serez relationship..
atas sebab2 kesihatan mak aku.. kerja aku yg dah mcm minah kilang cuma tak pakai uniform jek..
Dia senyap jek.. aku tau dia hampa..
Aku tak berniat nak hampa kan dia.. tapi kalo aku terima dia..
pasti dia lebih terluka..
aku pasti put my family , my frenzz, my work didepan dia..
aku dah hidup hampir 5 tahun dgn kasih sayang kengkawan..
sukar jugak aku nak beralih..
Aku harap dia faham..
Dia senyap.. terus bangun.. dan berlalu pergi..
Aku hanya membatu disitu..

Ya Allah .. berdosakah aku ? aku tak berniat melukakan hati dia..
aku bukanlah kekasih yg baik.. dia pasti terluka..
Aku hanya mampu menerima dia sbg seorang teman.. tak lebih dari itu..
Mungkin sikap aku yg terlebih mesra tuh buat dia rasa yg aku juga berperasaan spt dia..

Ya Allah.. ampunkanlah aku..

No comments: