~SineDoRADoRA~

" Adakah semuanyer tentang aku ??? Plezz jgn "jual ikan" Ipah...

Thursday, September 10, 2009

ko ok ke ko ???

aku tak tahu apa yg berlaku kat aku lately neh.. this thing dah berpanjangan selama beberapa bulan dan aku buat dek jek.. adakah badan aku terlalu penat ? aku pun tak tau le...
Aku rasa mmg aku imsomnia sudah.. aku bukan org yg sukar tido.. selalu letak kepala jek.. aku terus tido.. but sejak beberapa bulan lepas.. aku sukar tido.. Wajah dia sentiasa dalam mata aku...
Ya Allah kenapa aku jadi mcm neh.. Aku tahu bukan dia puncanya..terlalu byk menda sekeliling yg terjadi.. dan aku menjadi sedih..

Dr kasmini ckp aku tertekan.. tapi aku simpan semua tuh.. Dia takut aku jatuh ke gaung depression... seperti yg mak aku lalui..aku pun penah depress tapi tak la seteruk mak aku dulu.. selepas pemergian nain.. Selepas dia pergi.. pergi buat selamanya..aku tak lalu makan.. kalau ada selera pun aku makan tanpa hati dan perasaan.. makan jek laa.. dan aku selalu muntah2.. terasa alam berpusing2.. gejala-gejala ( pergh bahasa skema ) tuh selalu gak hadir..
D
an selasa hari tuh.. balik dari keje.. aku hadapi menda yg sama.. semua terasa berpusing2.. dan aku muntah semua menda yg aku makan masa buka..

dan semalam jua... hari nih aku pun pikir dua kali... nak makan ke tak.. kang muntah lagi.. dan nasib mak aku tak perasan semua neh.. aku tak mo dia risau..
Mungkin aku tak setabah dulu... mana lak ketabahan aku tuh pergi..
Ya Allah.. kuatkanlah hati dan iman ku..

No comments: