~SineDoRADoRA~

" Adakah semuanyer tentang aku ??? Plezz jgn "jual ikan" Ipah...

Tuesday, August 5, 2008

Nak potong rambut ke tak???

Aku basuh rambut hari nih..mmg la 2 hari sekali basuh rambut..
tapi entah kenapa tetiba bila aku keringkan rambut
aku baru perasan yang rambut aku dah bertambah panjang..
cepatnyer masa berlalu.. aku ingat lagi tahun lepas aku baru potong rambut..
sebelum masuk IBM.. tahun lepas la ek..potong paras bahu.. atas dari bahu
Sibuknyer aku keje kat IBM kan sampai rambut jadi panjang pun tak sedar..

lepas dia pergi.. aku dah takde keinginan untukk berambut panjang..aku akan pastikan
rambut aku sampai paras bahu jer..tak lebih..
sekarang ?? aku sedang pegang rambut aku yg dah pasti lebih paras bahu ..
dah sampai ke bawah dada.. tuh la padahnyer kalo asyik ikat sanggul kan??
rambut dha panjaang pun tak sedar2 lagi..

Bila aku tgk rambut aku kat cermin ( bukan nak perasan lawa k )
aku terbayang wajah dia..
mata dia yang selalu merenung mata aku tetiba sampai aku tak terkata apa ( sebab tuh ler aku suka group dating ok) ..
hidung dia yang lebih mancung dari aku ...
bibir dia yang selalu mengukirkan senyuman walaupun tak berapa nak happy dalam hati..
rambut dia yg lebih rebonding dari aku..sentiasa tersisir rapi dan ikat pony tail kemas..
rambut dia panjang sampai bawah bahu..aku suka sgt dgn rambut dia..cantik..


Satu hari tuh aku citer kat dia pasal Nyai @ nenek aku dan Mak kepada mak aku..
setiap hari dia akan sikat rambut aku.. letak minyak..ikat rambut aku
itu lah rutin dia lepas aku balik sekolah..
aku suka sangat perasaan tuh..
perasaan dibelai oleh orang yang sangat sayangkan kita..
sentuhan dia buat aku sangat bahagia..
sentuhan dan belaiaan dia buat aku rasa tenang dan bahagia
sentuhannya buat aku rasa yang dia tetap anggap aku cantik walaupun aku tak cantik mana pun..
aku beri tahu dia masa tuh yang aku sangat rindukan sentuhan tuh..

then dia kasi soalan cepu cemas k..
" mampukah aku kembalikan sentuhan tuh kat ko? "
aku pun jawab la..
" ko nak mampus ke apa.. weii kita bkn muhrim aaa.. sesuka hati ko nak sentuh aku.. hilang akal ke apa??
dia ketawa.. apa yg kelakar sgt aku pun tak paham..
then aku pun buat la muka blurr./. dah tak paham?? tetiba gelak cam nampak aku pakai sandal main hoki je.. ( bab nih aku citer lain kali k.. )
pastuh dia pun tetiba stop gelak.. dan dok depan muka aku yg tgh berekpressi blur..
dia tenung tajam ke dalam mata aku.. perghh boleh berdarah mata aku nih..
aku pun alihkan pandangan .. ntah laa.. ku mmg tak berani nak lawan mata ngan dia..
mmg dia telah ditakdir untuk menjadi cintaku selamanya.. cewahh..
ok sambung balik..
then dia pun cakap ..
" tatkala nanti apabila yang haram menjadi halal antara kita..
aku akan pastikan ko akan mendapat kembali sentuhan tuh balik..
dan pastikan rambut ko lebih panjang dari aku k..
sebab aku nak sentuhan tuh menjadi sgt sebati ngan ko pada kali pertama aku memberikan sentuhan tuh..."
aku tak pandang muka dia..tetiba mata aku berair..dada aku sebak sgt..
aku dapat rasa setitik air mata aku jatuh ..
aku dan dia masa tuh terus membisu sampai kesudah..

itu masa sebelum tina hadir diantara kami..

antara bait-bait ayat pada surat dia sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir..
" ipah.. aku mintak maaf..satu masa dulu aku penah memberikan ko satu harapan..
ko ingat lagi kan ttg sentuhan yg amat ko rindukan tuh??
ingat tak yg aku penah berjanji yg aku akan berikan ko sentuhan tuh balik..
sorry aku mungkir janji tuh..aku tak mampu berikan ko sentuhan tuh..
tapi aku pecaya suatu hari nanti pasti akan ada seorang adam yang halal menyentuh ko
pasti akan mampu memberikan sentuhan tuh semula.."

part nih aku mmg tak tahan.. air mata aku melimpah ruah..
dalam hati aku berkata..
" tiada lagi lelaki selepas ko yang mampu kembalikan semula sentuhan tuh kat aku..
takde!! takkan ada!! sebab ko je lelaki yang mampu cintakan kelemahan aku sebelum kelebihan aku!!
hanya kau.. kau je!!"

Lepas dia pergi.. aku tak penah nak simpan rambut panjang lagi..sampai la hari nih..
apa aku patut buat pada rambut aku nih..perlukah aku potong??
aku pun tak tau..
tapi yang pasti..selagi aku tak potong rambut selagi tuh la bila aku sikat rambut air mata pasti mengalir..

No comments: