~SineDoRADoRA~

" Adakah semuanyer tentang aku ??? Plezz jgn "jual ikan" Ipah...

Sunday, August 17, 2008

Rintihan Seorang anak..

Aku ada seorang teman..
Bila baca blog dia aku mmg akan nangis..
Sedih.. Moga Allah akan sentiasa melindungi dia.. memberikan dia kesabaran ..

Kat bawah nih aku amik dari blog dia..lutf..thanks sebab izinkan..
untuk share dgn kengkawan..
Betapa beruntungnya kita memilki ibu kita sekarang...
tidak semua orang miliki kasih sayang seorang ibu walaupun ibunya didepan mata..
apa yang akan kita buat kalau kita berada dlm kasut dia..
Kalo nak komen..atau ada cadangan ke..sila..sila lah.. k..

Rintihan anak ini...

"Ya Allah tabahkanlah hati hamba - Mu ini..
Ya Allah tetapkanlah iman hamba - Mu ini..
Aku lemah Ya Allah.. Aku tak berdaya Ya Allah..

Dia adalah insan yang melahirkan aku..
Walaupun bukan dia insan yang menyemai kasih sayang
terhadap aku dari aku kecil sehingga kini..
Walaupun dia tak pernah memegang aku erat..
Walaupun dia tak pernah menyatakan kasihnya padaku..
Walaupun dia tak pernah menemaniku ketika aku sedih..
Walaupun dia tidak pernah prihatin terhadap perjalanan hidupku
Suka duka hidupku..
Namun syurgaku ditelapak kakinya..

Aku tidak boleh menderhaka padanya Ya Allah..
Walaupun aku didesak.. walaupun aku didorong..
Aku tak mampu Ya Allah..

Kenapa dia sentiasa menyalahkan aku Ya Allah..
Kenapa dia sentiasa menjadikan aku mangsa Ya Allah..
Kenapa ia menyakiti aku sebegini Ya Allah..
Kenapa dia begitu membenci aku Ya Allah..
Kenapa bila tak boleh tidur.. kenapa bila dia sakit.. bila dia tak berdaya
baru dia panggil nama aku..
Bila dia bersama kawannya .. seronok bersama temannya tak pernah dia ingat padaku..
Bila dia sihat.. dia buang aku..
Bila aku tanya.. risaukan dia.. aku dituduh mengongkong dia..
Dia sentiasa bandingkan aku dgn anak orang lain..
Bila dia tak inginkan sesuatu.. dia takkan menyatakan yang dia sendiri yang tak ingin..
Aku yang dijadikan alasan..
Tak boleh pergi sebab aku sibuk.. takde cuti..
dan berbagai lagi...
Pernahkah aku mengabaikan dia Ya Allah..
Semenjak aku memikul tanggungjawab menjaga dia..
Walaupun aku tidak pernah merasai kasihnya
namun itu bukanlah tiket untuk aku berdendam padanya..
Tidak pernah aku mengabaikannya
Masaku hanya untuk dia Ya Allah...
Tiadakah setitik kasih dihatinya untukku Ya Allah..

Ya Allah ...
Kenapa dia tergamak bercerita pada semua yang aku mengabaikan dia ..
kenapa dia perlu berbohong untuk menagih simpati dari teman dan saudara-mara..

Dia mengadu ada pembantu pun tak membantu..
takde orang nak sembang...
salah aku kah Ya Allah..
bukan aku yang membuat pilihan..
bukan aku yang membuat keputusan ..
tapi kenapa aku yang dipersalahkan..
Kenapa tiada cerita yang baik tentang aku pada teman-temannya..
Walaupun aku tak pernah mendedahkan keburukannya...

Ya Allah tunjukilah aku lorong yang benar...
Berikanlah aku kesabaran..
Berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi cemuhan dan tanggapan negatif
teman-temannya.. saudara-mara ku.. terhadap aku..

Ya Allah..
Kini dia menyatakan hasrat hatinya untuk tinggal bersendirian..
begitu bencikah dia padaku Ya Allah..
Ya Allah tunjukkanlah aku jalan yang benar..
Berikanlah aku hidayah jika aku perlu melangkah keluar dari rumah ini..
Jika itu yang membahagiakannya..
Aku rela Ya Allah .. Aku redha Ya Allah..

Ya Allah sabarkanlah Hatiku..
Lindungilah aku dari godaan syaitan Ya Allah..
yang sentiasa menggodaku untuk menderhaka kepada dia ..


Ya Allah ..
Ku mohon pada-Mu berikanlah petunjuk dan hidayah pada hamba-Mu ini..
Tetapkanlah imanku
Berikanlah aku kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini..
Redhakanlah hatiku ini..
pasrahkanlah hatiku ini.. "

No comments: